Acara olahraga lari berpagar kurang mendapat perhatian dalam rancangan Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah masalah ketiadaan atau kekurangan alatan yang sebenar. Selain itu, mungkin juga ada pihak menganggap bahawa aktiviti ini adalah suatu lompatan yang terlalu teknikal dan oleh itu kurang sesuai bagi para pelajar sekolah.
Faktor-faktor yang disebutkan di atas tidak seharusnya timbul. Seorang guru yang berpengetahuan dan kreatif boleh menggunakan alatan asas seperti tali, batang rotan dan skitel untuk mengajar kemahuran asas lari berpagar. Alatan tersebut adalh memadai untuk memperkenalkan asas-asas lari berpagar kepada para pelajar sekolah rendah. Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan.
Lari berpagar ialah larian pecut melepasi halangan-halangan yang disusun rapi di trek. Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.
Bagi acara lati berpagar, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini dia akan dapat melenturkan badannya secara automatic semasa membuat lompatan.
Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar di peringkat awalan, para guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu para pelajar mempelajari asas-asas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka. Di samping itu, cara pengajaran ansur maju juga dapat menyemaikan sifat-sifat keyakinan diri dalam kalangan pelajar.
Happy 2nd birthday to Muhammad Zamil Zaquan
12 years ago
0 comments:
Post a Comment