BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 8, 2011

Video Lari Berpagar



Fasa-fasa Lari Berpagar

1. Menuju pagar pertama

 Bilangan langkah larian hendaklah tetap
 Berlari dengan pantas (lari pecut)
 Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.


2. Lonjakan

 Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa.
 Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi.
 Apabila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan.
 Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan.
 Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar.
 Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. Melepasi pagar

 Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah kehadapan.
 Bongkokkan badan kehadapan.
 Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.
 Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar.
 Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).


4. Pulihan

 Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu.
 Condong badan dikekalkan.
 Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar.

5. Berlari di antara pagar

 Bilangan langkah hendakalah sama
 Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

6. Mengakhiri larian

 Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat

Sejarah Lari Berpagar

Dalam acara lari berpagar pula, pagar yang dilalui sebenarnya, merupakan pintu kandang biri-biri. Larian pada nusa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok.

Pada tahun 1886, Arthur Crooml' daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990.

Pada tahun 1896, senma acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.

Bagi acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pasukan Jerman mencatat masa 42.3 saat dalam tahun 1912. Dan masa ini dicatat di bawah 40 saat dalam tahun 1936 oleh pasukan Amerika Syarikat dengan catatan 39.8 saat.
Untuk pasukan wanita, pasukan Jerman berjaya mencatat 46.4 saat pada tahun 1936. Dan pasukan Jeman juga berjaya mencatatkan masa 41.37 saat dalam tahun 1985.

Pengenalan Kepada Lari Berpagar

Acara olahraga lari berpagar kurang mendapat perhatian dalam rancangan Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah masalah ketiadaan atau kekurangan alatan yang sebenar. Selain itu, mungkin juga ada pihak menganggap bahawa aktiviti ini adalah suatu lompatan yang terlalu teknikal dan oleh itu kurang sesuai bagi para pelajar sekolah.

Faktor-faktor yang disebutkan di atas tidak seharusnya timbul. Seorang guru yang berpengetahuan dan kreatif boleh menggunakan alatan asas seperti tali, batang rotan dan skitel untuk mengajar kemahuran asas lari berpagar. Alatan tersebut adalh memadai untuk memperkenalkan asas-asas lari berpagar kepada para pelajar sekolah rendah. Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan.

Lari berpagar ialah larian pecut melepasi halangan-halangan yang disusun rapi di trek. Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.

Bagi acara lati berpagar, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini dia akan dapat melenturkan badannya secara automatic semasa membuat lompatan.

Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar di peringkat awalan, para guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu para pelajar mempelajari asas-asas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka. Di samping itu, cara pengajaran ansur maju juga dapat menyemaikan sifat-sifat keyakinan diri dalam kalangan pelajar.