BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 3, 2011

Pemebentangan PJ TMK

Kumpulan kami akan membentang tentang lari berpagar sebentar lagi di DDKA. Semoga pembentangan kami dapat dijalankan lancar. Harap semua pihak akan memberi kerjasama kepada kumpulan kami.
Sekian. terima kasih.


Good Luck kepada ahli kumpulan 8^^" 


WE CAN DO IT !!!!

Ujian amali UKJK

Ujian amali UKJK akan diadakan pada 3/5/2011 (selasa) pukul 4.30 petang. Semoga ujian kali ini dapat dijalankan dengan lancar. 


^^ Good Luck and all the best~

Monday, April 18, 2011

Rekod Lari Berpagar

SUKMA 2008
  Rayzamsyah WanSofian - 14.10s

SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)
  Mohd Robani Hassan - 14.07s

SUKAN SEA KORAT, THAILAND2008
  Rayzamshah WanSofian - 13.91s 

Lari Berpagar

Tuesday, March 8, 2011

Video Lari Berpagar



Fasa-fasa Lari Berpagar

1. Menuju pagar pertama

 Bilangan langkah larian hendaklah tetap
 Berlari dengan pantas (lari pecut)
 Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.


2. Lonjakan

 Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa.
 Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi.
 Apabila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan.
 Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan.
 Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar.
 Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. Melepasi pagar

 Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah kehadapan.
 Bongkokkan badan kehadapan.
 Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.
 Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar.
 Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).


4. Pulihan

 Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu.
 Condong badan dikekalkan.
 Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar.

5. Berlari di antara pagar

 Bilangan langkah hendakalah sama
 Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

6. Mengakhiri larian

 Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat

Sejarah Lari Berpagar

Dalam acara lari berpagar pula, pagar yang dilalui sebenarnya, merupakan pintu kandang biri-biri. Larian pada nusa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok.

Pada tahun 1886, Arthur Crooml' daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990.

Pada tahun 1896, senma acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.

Bagi acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pasukan Jerman mencatat masa 42.3 saat dalam tahun 1912. Dan masa ini dicatat di bawah 40 saat dalam tahun 1936 oleh pasukan Amerika Syarikat dengan catatan 39.8 saat.
Untuk pasukan wanita, pasukan Jerman berjaya mencatat 46.4 saat pada tahun 1936. Dan pasukan Jeman juga berjaya mencatatkan masa 41.37 saat dalam tahun 1985.